2009年7月30日 星期四

दातो SeriAnwar Ibrahim and Oil subsidy

Kepada Sidang Pengarang
Penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berjanji yang PAKATAN RAKYAT akan menrunkan harga

runcit minyak petroleum sebaik sahaja mereka dapat menubuhkan kerajaan baru Malaysia. Sebagi penguna barangan dan

perkhidmatani saya ingat ini adalah satu cadangan yang baik , tetapi jika saya membuat analisa secara mendalam saya tidak akan

percaya sepenuhnya apa yang dicadangkan oleh Anwar.Saya masih ingat sebelum pilihan raya , pakatan rakyat telah berjanji kepada

penduduk negeri Selangor yang mereka akan menurunkan cukai pintu tetapi sampai sekarang janji tersebut belum tertunai.

Anwar sebagai seorang pakar ekonomi yang masyhur dan handal , juga mempunyai tugas untuk memberikan maklumat dan pendidikan

yang tepat kepada rakyat dan tak sepatut nya membuat janji sahaja untuk mendapat sokongan sahaja.Keadaan di Malaysia adalah

jauh bezanya dengan keadaan negara pengeluar minyak yang utama di Asia Barat.Negara kita bukan bergantung kepada minyak

sahaja untuk perkembangan ekonomi, tetapi juga bergantung kepada sektor ekonomi lain untuk mengekalkan prestasi Ekonomi

Kita.Memang tidak dapat dinafikan pendapatan dari Petronas menyumbangkan lebih kurang 35 % daripada pendapatan kerajaan , tetapi

ini tidak bermaksud yang kita boleh membelanjakan sebahagian besar daripada sumbangan ini sebagai subsidi untuk minyak

petroleum.Pendapatan dari sumbangan petronas harus diperuntukan baga tujuan untuk memastikan bekalan makanan yang cukup dan

harga makanan yang stabil. Selain daripada itu kita juga harus mempertimbangkan perkembangan berterusan di Malaysia.

Sebagaimana yang kita ketahui Sektor pengilangan adalah merupakan daya pendorong utama bagi perkembangan ekonomi negara

kita , jika sektor pengilangan Malaysia bergantung kepada Subsidi Tenaga untuk selama lamanya dan tidak mencari jalan untuk

menrendahkan kos pengeluaran dan mempertingkatan daya pengeluaran mereka,sudah pasti pengusaha pengusaha industri

pengilangan malaysia akan dapat bersaing dengan negara lain, apabila Malaysia menjadi pengimpot minyak satu hari nanti.


Pada pendapat saya cara untuk mengatasi masaalah ekonomi bukan dengan subsidi sahaja , tetapi melalui peningkatan teknologi ,

daya pengeluran dan pengurusan yang sempurna.Negara negara seperti Jepun ,Korea ,dan Singapura mengimpot hampir kesemua

bekalan tenaga mereka, tetapi mereka juga dapat menandangi masaalah yang disebabkan oleh krisis minyak untuk dua kali.

.Hasil minyak petroleum tidak semesti nya menjamin yang kita akan makmur untuk selama lamanya, Industri perlombongan

timah pernah membawa kemakmuran kepada kita dulu, apa yang terjadi pada industri perlombongan timah hari ini.Patutlah kita

menyediakan payung sebelum hujan, tak patutlah kita mengorek perigi pada saat kita berasa haus



yang Ikhlas

HOHO

沒有留言:

張貼留言